




| 欢迎光临 游客 ( 登入 | 注册 ) | 重新发送激活邮件 |
| 论坛: |
北钟公告
校务研讨
升学资讯
闲聊地带
休闲特区
心灵天地
创作专区
娱乐动态
动漫电玩
科技资讯
|
|
|
![]() ![]() ![]() |
| ~ 野蛮至尊 ~ |
发表于 : November 22, 2005 02:52 pm
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Administrator Group: 坛主 Posts: 667 Member No.: 1 Joined: July 15, 2005 |
|
| ~ 野蛮至尊 ~ |
发表于 : November 22, 2005 02:52 pm
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Administrator Group: 坛主 Posts: 667 Member No.: 1 Joined: July 15, 2005 |
TSUNAMI
Kejadian ombak besar Tsunami telah menggegarkan dunia pade 26 Disember 2004 di rantau Asia Tenggara dan Asia . Ombak besar Tsunami telah melanda persisiran beberapa buah negara seperti India , Sri Lanka dan Afrika Timur kira-kira tujuh jam selepas gempa bumi di Sumatera . Kenapakah begitu banyak mangsa terkorban dan sarankan langkah-langkah berkesan untuk mengurangkan penderitaan mangsa Tsunami . Pendahuan : Tsunami - perkataan Jepun - ombak pelabuhan Berpunca daripada letupan gunung berapi dan gempa bumi di bawah laut . Membabitkan gempa bumi , ledakan gunung berapi , ribut taufan dan telah berlaku selama beribu-ribu tahun dahulu dan berterusan hingga sekarang . Isi-isi : KENAPA BEGITU BANYAK MANGSA TERKORBAN ? Kejahilan mengenai Tsunami · Kejahilan tentang bencana tsunami . · Tidak tahu bahawa ombak besar boleh kembali untuk kali kedua begitu cepat . · Alat sains teknologi gagal memberi amaran . · Amaran awal tidak dapat diberikan . · Pusat sains dan pertahanan gagal mengesan kesan tsunami . · Amerika , Jepun , Australia tidak bersedia untuk mengesan maklumat tsunami . Sistem Amaran Tsunami gagal · Negara Asia dan Pasifik sebagai anggota Kumpulan Penyelaras Antarabangsa Sistem Amaran Tsunami gagal memberi sebarang amaran . · Badan ini tiada kepakaran membaca ombak besar . · Kurangnya penyelerasam antara negara kumpulan . · Masing-masing membuat tugasan masing masing . · Hanya mengesan gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala Richter . LANGKAH-LANGKAH BERKESAN UNTUK MENGURANGKAN PENDERITAAN MANGSA Hutan bakau · Kedah , Pulau Pinang dan Perak yang masih mempunyai hutan bakau dan paya nipah menerima kesan bencana tsunami . · Benteng penahan ombak semula jadi sudah lama dimusnahkan . · Tidak patut memusnahkan pantai yang boleh melindungi tsunami . · Pokok hutan bakau tidak ditebang untuk projek . · Kawasan semula jadi ini dikurniakan oleh Tuhan . · Menggunakan ilmu untuk memulihara dan membaik pulih alam sekitar . Ciptaan Sains · Ahli sains patut mengkaji alat canggih untuk mengesan ombak besar tsunami . · Memberi amaran awal agar penduduk pantai boleh berpindah . · Alat ciptaan sains ini dipasang di semua negara yang berpantai dan mengesan masalah ini . · Berkerjasama untuk bantu-membantu mengkaji ombak . · Amerika dan Jepun memberi peruntukan lebih . · Berkongsi pandangan tentang cara mengurangkan kesan buruk . Kesimpulan : Banyak petunjuk dan panduan yang boleh kita peroleh daripada bencana tsunami , itu pun jika benar-benar mahu belajar . |
| ~ 野蛮至尊 ~ |
发表于 : November 22, 2005 03:20 pm
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Administrator Group: 坛主 Posts: 667 Member No.: 1 Joined: July 15, 2005 |
CETI HARAM
Apakah masalah aktiviti ceti haram dalam kehidupan masyarakat dan cadangkan langkah-langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini . Pendahuluan : · Meminjam ialah aktiviti sudah lama wujud . · India - Cheltiar , Cina - Tai Yi Long , Melayu - Along . · Wujudkan pelbagai masalah . Isi-isi : MASALAH AKTIVITI CETI HARAM Faedah tinggi · Menyusahkan peminjam - menderita . · Kadar 120% - 300% bergantung kepada jumlah . · Cuma bayar balik sebahagian faedah sahaja . · Pokok peminjam tidak dapat dibayar balik . · Menjadi penghutang sepanjang hayat . · 300 kali ganda wang yang dipinjam . Ancaman dan ugutan · Nyawa peminjam dan ahli keluarga terancam . · Mereka dalam ketakutan - ditindas dan dipukul . · Sesetengah ceti haram agresif dan jahat . · Menuang cat ke pintu rumah . · Ditangkap dan diberi berbagai-bagai teguran . · Terpaksa melarikan diri ke negeri lain . Harta rosak · Menanggung risiko kehilangan harta benda . · Masuk ke rumah dan merampas . · Merosakkan harta benda . · Perabot , barang elektrik , kenderaan dan motosikal . · Paksa menjualkan rumah untuk membayar hutang . · Hidup dalam ketakutan - barang dirampas secara paksaan . LANGKA-LANGKAH MENGATASI AKTIVITI CETI HARAM Peranan Bank · Bank memperluas pelbagai bentuk pinjaman . · Elakkan menjadi mangsa ceti haram . · Prosedur lebih senang . · Tidak memerlukan cagaran yang ketat . · Cepatkan pemberian pinjaman kepada peminjam . · Syarat pinjaman dilonggarkan . Tindakan Undang-undang · Menghukum mereka yang menentang peraturan . · Polis diberi kuasa untuk mengambil tindakan . · Pinda Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 . · Denda maksimum , penjara dan sebat dikenakan . · Kerjasama orang ramai dan buat laporan . · Beri maklumat ceti haram kepada pihak berkuasa . Kesimpulan : · Semua pihak bekerjasama kerana berkesan serius . · Kegiatan mencekik leher oleh lintah darat dihentikan . · Kesejahteraan dan keselamatan diutamakan . |
| ~ 野蛮至尊 ~ |
发表于 : November 22, 2005 03:46 pm
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Administrator Group: 坛主 Posts: 667 Member No.: 1 Joined: July 15, 2005 |
CETAK ROMPAK
Apakah punca masalah cetak rompak dan jelaskan kesan masalah ini . Pendahuluan : · Dahulu kala , penjualan barang tiruan dijalankan secara tersorok . · Kini , menjualnya secara terbuka di pasar malam dan memperkecilkan Akta Reka Cipta . · Menciplak buku , perisisan komputer , CD , VCD , DVD , baju dan jam tangan Isi-isi : PUNCA MASALAH CETAK ROMPAK Amat menguntungkan · Sifat perniagaan amat menguntungkan . · Kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah . · Kos sekeping VCD bernilai RM 1.00 tetapi dijual dengan RM 4.00 hingga RM 7.00 . · Tidak mengiklankan barangan kerana publisiti ini dijalankan oleh syarikat pengeluar barangan asli . · Tidak membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan . · Tidak membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi dan penulis lirik . Undang-undang · Orang ilmu dan modal berasa sedih kerana kekayaan mereka dirompak oleh perompak ilmu dan seni . · Menguatkuasakan Akta Reka Cipta dan Bentuk dengan menangkap mereka . · Hukuman ringan tidak memberi keinsafan kepada peniaga cetak rompak . · Menghadapi masalah mengadakan serbuan kerana kekurangan kakitangan . · Susah mengesani peniaga cetak rompak . · Pegawai penguakuasa diikuti oleh tonto penjual barang cetak rompak . Sambutan pengguna · Pengguna suka membeli barangan cetak rompak . Harga barangan cetak rompak murah . · Barangan asli bernilai RM 40.00 dibandingkan dengan harga barangan rakam rompak bernilai RM 5.00 . · Membeli jam tangan Rolex - RM 25.00 berbanding dengan Rolex asli yang bernilai RM 15,000.00 . · Membeli barangan ini kerana kurang berkemampuan dan suka menunjuk-nunjuk . · Tidak mempedulikan kualiti barangan dan bentuknya hampir sama sahaja . · Sambutan baik menyebabkan perniagaan cetak rompak menjadi berleluasa . KESAN MASALAH CETAK ROMPAK Terhadap Kerajaan , Penerbit , Swasta · Rugi kerana peniaga cetak rompak tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan . · Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang banyak . · Syarikan EMI & Sony Music dan syarikat penerbitan Sasbadi mengalami kerugian dalam perniagaan . · Membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan memdapat balik modal mereka . · Kerajaan kita hilang sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan negara . · Melambatkan proses pembangunan akibat kekurangan sumber pendapatan . Kesan Terhadap Ahli Seni · Penulis buku dan penyanyi menerima tamparan yang kuat . · Tidak mempunyai pendapatan yang tetap . Bergantung kepada komisyen hasil penjualan . · Tidak memdapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka . · Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang lumayan . · Melemahkan semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka . · Banyak pemuda-pemudi tidak berminat dengan bidang kesenian akibat masalah ini . Kesimpulan : · Kegiatan cetak rompak perlu dibanteras secara kolektif . · Tindakan awal mengatasi masalah ini kerana setiap penyakit ada penawarnya . · Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Jabatan Polis , Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri mestilah mempergiatkan operasi mereka . |
| ~ 野蛮至尊 ~ |
发表于 : November 22, 2005 04:17 pm
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Administrator Group: 坛主 Posts: 667 Member No.: 1 Joined: July 15, 2005 |
BAHAN PICISAN
Bincangkan keburukan yang wujud apabila bahan-bahan berbentuk picisan menjadi bahan bacaan utama dalam masyarakat kita . Pendahuluan : · Sikap masyarakat remaja amat merisaukan - membaca bahan berbentuk picisan - bersifat hiburan , seks , tahyul , dan mistik - Mangga , URTV , Ujang , Bacaria , Female , Cleo . · Mempengaruhi fikiran remaja secara negatif . Isi-isi : KEBURUKAN YANG WUJUD Melambatkan pembangunan negara · Hanya masyarakat berilmu - negara membangun dengan pesat . · Tidak boleh melahirkan masyarakat berilmu melalui bahan bacaan berbentuk picisan . · Dipengaruhi dan hidup bersia-sia , membazir dan membuang masa . · Dipengaruhi oleh konsert rock , disko , pub , lounge , karaoke dan balik lewat malam . · Mereka hanyut dan tidak memikirkan soal negara dan ilmu . · Wawasa 2020 menjadi impian sahaja . Masalah Sosial · Kes rogol , sumbang mahram , bersekedudukan , bunuh , amuk , zina , khalwat berlaku . · Bahan ini - mengeksplotasikan unsur seks , hiburan dan tahyul dalam penerbitan . · Kelakuan wanita mengghairahkan dan pergaulan bebas dipamerkan . · Kisah peribadi negatif dipaparkan - pembaca hilang pedomen . · Remaja bertindak di luar kawalan - melakukan seks bebas dan bohsia . · Menyusahkan ibu , bapa , guru , masyarakat dan kerajaan . Bahan ilmu tidak mendapat sambutan · Bahan picisan yang banyak menyebabkan kemerosotan permintaan bahan berilmu . · DBP tidak terjuan buku ilmiah . · DBP - mengurangkan penerbitan buku - tiada sambutan . · Bahan picisan lebih menarik dan senang untuk dibaca dan menghiburkan . · Bahan picisan lebih mendapat sambutan dan banyak dijual . · Buku cerita dan novel tidak mendapat sambutan lagi . Mengeksploitasikan wanita · Gadis jelita dengan aksi yang mengghairahkan dan menjolok mata . · Mendedahkan pusat , paha , dan memakai celana mandi . · Tidak manis dipandang dan menjatuhkan maruah wanita . · Lahirlah sindiket memperdagangkan wanita . · Menjadi objek seks dan objek murah - boleh dijual beli . · Menyedihkan nenek moyang kita yang bersifat pemalu dan bersopan santun . Kepercayaan karut menular · Memberi kepercayaan kepada perkara yang kabur dan menarik . · Mempercayai kisah keris menari dan ilmu ketahanan diri . · Pembaca mengamalkan kepercayaan ini dan seleweng dari hidup benar . · Kepercayaan mengganggu fikiran pengamal - sakit mental . · Kesan - kejadian mengamuk , membunuh dan kekecohan masyarakat . · Membahayakan masyarakat kita dan keselamatan penduduk tempatan terancam . Kesimpulan : Pilih bahan bacaan . Baca kisah atau cerita yang membawa logik . Baca bahan ilmiah merupakan pilihan terbaik . Memajukan negara dan lahirkan pemikiran yang sihat . |
| ~ 野蛮至尊 ~ |
发表于 : November 22, 2005 09:31 pm
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Administrator Group: 坛主 Posts: 667 Member No.: 1 Joined: July 15, 2005 |
RASUAH
Apakah punca masalah rasuan dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini . Pendahuluan : · Rasuah - pemberian wang untuk mendapatkan sesuatu tanpa melalui peraturan . · Rasuah - skandal pinjaman Bank Bumiputera Finance ( BMF ) , Koperasi Mengambil Deposit , penggelapan wang di Bank Simpanan Nasional dan Suruhanjaya Sekuriti . Isi-isi : PUNCA MASALAH RASUAN Didikan agama · Sejak kecil lagi , mereka tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna . · Mengkianati majikan kepentingan orang lain untuk memuaskan nafsu tamak . · Tidak faham ajaran agama dan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang agama . · Berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi tetapi berkelakuan jahat keagamaan . · Agama dunia melarang penganutnya melakukan rasuah - perbuatan yang terkutuk . · Sifat menginginkan kekayaan mengkaburkan mata mereka dan mereka lupa agama . Gaji rendah · Menyebabkan mereka menerima rasuah - menikmati kemewahan hidup . · Mendapat kenaikan pangkat dan tiada kelayakan untuk menuntut gaji yang tinggi . · Gaji tidak cukup untuk membayar sewa rumah , ansuran kereta , bil elektrik dan air , perbelanjaan keluarga dan penikmatan kemewahan hidup yang luar biasa sedikit . · Pekerja bawahan seperti kerani , pelayan pejabat , pegawai keselamatan , dan mereka yang menghendakkan kemewahan hidup tetapi tidak mampu . · Membuat perbandingan dengan kawan sepejabat mereka . · Diperalatkan untuk menyebarkan maklumat untuk tatapan pihak yang meminta . · Projek tender - pegawai terlibat menerima rasuah untuk meluluskan permohonan itu . Undang-undang · Tidak mempunyai hukuman yang berat dan setimpal . · Denda sahaja tidak cukup untuk menakutkan pesalah . · Hukuman penjara - tidak menghairankan penjenayah - masuk penjara - keluar jadi jutawan . · Hukuman rampasan harta dan wang tidak ada dalam undang-undang . · Hukuman sebat tidak diluluskan oleh parlimen . · Rakyat tidak takut undang-undang dan berani melakukan rasuah . LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH Pendidikan agama dan moral · Sikap diubah sejak dari kecil lagi . · Kerajaan mewajibkan subjek pendidikan moral dan agama di sekolah . · Pelajar diajar dan diterapkan ke dalam jiwa mereka nilai mulia dan murni . · Aspek displin , tanggungjawab , jujur , rajin , kasih-sayang , cekap , bersih dan amanah , ditekankan dalam pendidikan moral dan agama . · Kejayaan seseorang bergantung kepada sikap dan nilai yang diamalkan olehnya . · Tidak bergamak untuk menjadi kaya tanpa kira nilai prinsipnya . · Ibu bapa menyemai nilai keagamaan dan ajaran agama ke dalam jiwa anak mereka . Keadaan pekerjaan · Kebajikan pekerja bawahan dan kakitangan berpangkat tinggi dijaga . · Kemudahan perumahan , KWSP , Perkeso , kenaikan pangkat , kenaikan gaji , bayaran kerja tambahan masa , bonus dan pertukaran tempat pekerjaan diberi perhatian . · Majikan memberi insentif dan mengukur persembahan pekerjaan pekerja dengan adil . · Mempunyai keyakinan terhadap syarikat mereka . · Kakitangan organisasi lebih menyayangi majikan kalau menjaga kepentingan dan kebajikan . · Sistem dan peraturan bekerja diketat dan elakkan kebocoran untuk penyelewengan . Kesimpulan : · Rasuah menjahanamkan kemantapan ekonomi negara , imej negara dicemari . · Rakyat dan pemimpin tiada keyakinan terhadap kestabilan negara . ·Setiap lapisan masyarakat berganding bahu untuk menyelesaikan masalah . |
| ~ 野蛮至尊 ~ |
发表于 : January 30, 2006 10:04 am
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Administrator Group: 坛主 Posts: 667 Member No.: 1 Joined: July 15, 2005 |
Keganasan
Huraikan kesan masalah keganasan antarabangsa dan sarankan langkah untuk mengatasi masalah ini . Pengenalan : · Keganasan - Pengeboman , pembunuhan diri dan penculikan untuk mencapai tuntutan politik . · Disebabkan penentangan ideologi , kegawatan ekonomi , dan kelemahan pemerintahan . · England - melakukan keganasan di stesen MRT - membunuh banyak rakyat Britain - 2005 · Membunuh orang yang tidak berdosa dan menyebabkan penderitaan . Kesan : Keselamatan terancam · Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan . · Pemimpin manyalakan api keganasan dan menghasut penyoking berbuat demikian . · Bersifat kegilaan dan hilang perasaan rasional mereka . · Mengambim bahagian dalam tunjuk perasaan dan bertindak liar . · Menggugat keselamatan dan keamanan kawasan tempatan . Ekonomi terjejas · Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur . · Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian . · Indonesia - tunjuk perasaan dan keganasan berlaku - pembunuhan . · Ekonomi Indonesia tidak pulih dan bertambah teruk . · Serangan pengganas Pusat Dagangan Dunia di Amerika 2001 - jejas ekonomi dunia . · Perdagangan antarabangsa merosot kerana peniaga tidak berani melawat . Pelancongan tergugat · Perampasan kapal terbang dan mengebom bangunan menyebabkan pelancong takut . · Tidak berani ke negara yang dilanda pergolakan politik keganasan . · Agensi pelancongan melaporkan kemerosotan perniagaan . · Ekonomi China , Amerika dan Australia yang bergantung kepada pelancongan terjejas . · Syarikat penerbangan menghadapi kerugian yang besar . · Pemandu pelancong dan kakitangan agensi pelancongan mengangur . Langkah : Pasukan Keselamatan · Polis dan tentera bertindak dengan cepat terhadap keganasan . · Mengelakkan keganasan merebak dengan serius . · Pencetus rusuhan dan tunjuk perasaan dikenakan hukuman berat . · Membuat undang-undang khas untuk menyenangkan tindakan segera . · Malaysia menggunakan ISA untuk menentang pengganas . · Mengekalkan keselamatan dan keamanan negara kita . Kerjasama Antarabangsa · Komuniti antarabangsa berganding bahu mencegah keganasan yang ada rangkaian antarabangsa . · Jabatan perisikan bertukar maklumat kegiatan pencetus rusuhan . · Mengambilan tindakan segera seperti menangkap Hambali di Thailand . · Latihan bersama antara polis dan tentera antara negara maju dan mundur . · Menyekat aliran wang kumpulan pengganas di dunia . · Jabatan Imigresen mestilah berkesan melakukan kerja penapisan . Kesimpulan : · Penduduk dunia haruslah faham keganasan menghalang kemajuan . · Tanpa keganasan , kemajuan negara terjamin . |
| Apple1 |
发表于 : October 26, 2008 09:53 pm
|
![]() 童生 Group: 注册会员 Posts: 5 Member No.: 432 Joined: September 25, 2008 |
Thank you.
|
![]() |
![]() ![]() ![]() |